Selamat Datang Ke Blog Rasmi PSS SMK Bandar Baru Putra. Blog ini akan memaparkan aktiviti yang di jalankan oleh PSS SMK BBP.

Sunday, July 8, 2018

TANGGA KALORI


Tangga kalori merupakan salah satu inovasi Pusat Sumber Putra demi meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang penjagaan makanan dan kepentingan bersenam. Selain itu, persekitaran PdP bermakna juga berjaya dihasilkan di ketiga-tiga tangga sepanjang bangunan akademik sekolah. Dalam usaha menghasilkan tangga kolori, pelbagai pihak telah bekerjasama untuk menjayakan. Antaranya pembantu makmal sekolah, pengawas Pusat Sumber dan guru-guru pelatih. Pelbagai maklumat tentang kalori dalam makanan dan tempoh bersenam yang perlu untuk menghabiskan kalori dari makanan yang kita makan juga ditampalkan sepanjang koridor tepi tangga. Adalah diharapkan bahawa dengan adanya tangga berinformasi tersebut, warga sekolah dapat mengubah tabiat makan dan hidup masing-masing demi kehidupan yang lebih sihat dan ceria.




No comments:

Post a Comment

PKBB & Penilaian PSSC 2019

Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah terutamanya Team PSS dan PPS yang awesome! Usaha dan sokongan anda menjadikan PSS Putra HEBAT...