Pada 25 April 2018 yang
lalu, pelajar SMK BBP telah memainkan beberapa peranan dalam Perhimpunan
Bulanan JPN Perak. Saudari Najihah dan Nadhirah yang merupakan pelajar
Tingkatan 3 telah menjadi pengacara dalam majlis tersebut dan mendapat pujian
dari Dato’ Haji Mat Lazim bin Idris, Pengarah Pendidikan Negeri Perak dan Tuan
Haji Mohd Rosli bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak. Selain
itu, saudara Mohd Yusry, pelajar tingkatan 2 juga membaca doa untuk majlis
tersebut. Majlis juga dipersembahkan persembahan Stompers dan Koir dari pelajar
SMK BBP. Pasukan Obese Transformation juga
mengadakan pameran sempena majlis tersebut dan mendapat sambutan yang positif
dari para warga pendidik. Melalui program ini, pelajar SMK BBP berpeluang
didedahkan tentang bagaimana mesyuarat diadakan di agensi kerajaan dan
berpeluang menyertainya. Ini juga berjaya menanam kenyakinan di kalangan 36
pelajar yang terlibat secara langsung. Pelajar juga berpeluang meningkatkan
kemahiran komunikasi masing-masing semasa bercakap dengan pegawai-pegawai
pendidikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PKBB & Penilaian PSSC 2019
Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah terutamanya Team PSS dan PPS yang awesome! Usaha dan sokongan anda menjadikan PSS Putra HEBAT...

-
SMK Bandar Baru Putra terletak 10 km dari Bandaraya Ipoh iaitu di dalam kawasan perumahan Bandar Bar...
-
Pusat sumber SMK Bandar Baru Putra telah berjaya mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak melalui lawatan penanda aras dan LADAP PAK 2...
-
Orientasi Pusat Sumber dan NILAM untuk pelajar tingkatan 1 telah dijalankan sepanjang 8-12hb Januari. Semua pelajar tingkatan 1 telah dibe...
No comments:
Post a Comment