Selamat Datang Ke Blog Rasmi PSS SMK Bandar Baru Putra. Blog ini akan memaparkan aktiviti yang di jalankan oleh PSS SMK BBP.

Sunday, July 8, 2018

BBP NEXT TOP PRESENTER DAN PENCETUS MILLENIA PENGAWAS PUSAT SUMBER 2018


BBP NEXT TOP PRESENTER DAN PENCETUS MILLENIA
PENGAWAS PUSAT SUMBER 2018
Kejayaan Pusat sumber dipengaruhi oleh prestasi Pengawas Pusat Sumber. Pengawas Pusat Sumber merupakan pemimpin pelajar yang sentiasa bersedia membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat. Pemimpin pelajar seharusnya berkenyakinan tinggi dan sentiasa diberi latihan dan peningkatan diri. BBP next top presenter atau pencetus Millenia menyediakan peluang tersebut kepada pengawas PSS. Pengawas PSS telah mengadakan ucapan awam pada setiap hari khamis dan empat hadiah disediakan untuk setiap hari. Hasil program ini adalah pengawas PSS diberi peluang mencungkil bakat yang terpendam dan pengawas PSS yang tiada kenyakinan sebelum ini berjaya mengatasi takutan dan menyahut cabaran untuk berucap di depan kawan-kawannya. Dengan adanya kemahiran komunikasi dan kenyakinan tersebut, pelajar dapat membentang dengan lebih berkenyakinan dan dilantik menjadi pegawai iringan semasa terdapat lawatan dari luar sekolah. Pengawas PSS juga bersedia untuk menjadi jurucakap semasa pameran PSS. Selain itu, pengawas PSS juga menjadi duta menyebarkan kebaikan dan kepentingan membaca serta mempromosi bahan bacaan PSS melalui perkongsian hasil bacaan masing-masing.




No comments:

Post a Comment

PKBB & Penilaian PSSC 2019

Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah terutamanya Team PSS dan PPS yang awesome! Usaha dan sokongan anda menjadikan PSS Putra HEBAT...