Selamat Datang Ke Blog Rasmi PSS SMK Bandar Baru Putra. Blog ini akan memaparkan aktiviti yang di jalankan oleh PSS SMK BBP.

Thursday, July 5, 2018

SEJARAH SEKOLAH

  
SMK Bandar Baru Putra terletak 10 km dari Bandaraya Ipoh iaitu di dalam kawasan perumahan Bandar Baru Putra. Keluasan kawasannya adalah 4.80 hektar (11.87 ekar). Sekolah ini dibuka pada tanggal 1hb Ogos 2009 dan diuruskan oleh dua orang pengurus operasi iaitu En Abdul Rahman bin Mohd Basir dengan dibantu oleh En. Shaharuddin b Sani. Pembinaan sekolah ini adalah di bawah pembiayaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Perbelanjaannya dianggarkan RM 20 juta.
Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada 4hb Januari 2010, dengan jumlah pelajar seramai 418 orang, 13 kelas dan 23 orang guru. Sekolah dilengkapi dengan 5 blok iaitu blok pentadbiran, blok akademik, bengkel dan makmal, bilik-bilik khas, kantin dan dewan serba guna.

            Blok pentadbiran merangkumi pejabat, bilik guru, bilik gerakan, pusat sumber, bilik tayangan, bilik multimedia, bilik kaunseling, bilik peperiksaan dan bilik fail. Sekolah juga dilengkapi dengan dataran kejat, perhimpunan, gelanggang bola keranjang, bola jaring dan padang bola sepak yang boleh menampung trek balapan 400m.

            Pengetua pertama ialah Tn Haji Mohd Jasmi B Alias (1/1/2010 – 21/3/2010). Manakala Penolong Kanan Pentadbiran ialah Pn Rahimah Bt Mohamed, Penolong Kanan HEM, En Abdul Rahman B Mohd Basir dan Penolong kanan Kokurikulum, En Shaharuddin B Sani serta empat orang Guru Kanan.

Logo sekolah merupakan hasil rekaan bersama En Abdul Rahman B Mohd Basir dan En Shaharuddin manakala lirik lagu sekolah merupakan hasil Pn Noor A’lauyah Bt Meor Ahmad.

No comments:

Post a Comment

PKBB & Penilaian PSSC 2019

Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah terutamanya Team PSS dan PPS yang awesome! Usaha dan sokongan anda menjadikan PSS Putra HEBAT...