Selamat Datang Ke Blog Rasmi PSS SMK Bandar Baru Putra. Blog ini akan memaparkan aktiviti yang di jalankan oleh PSS SMK BBP.

Sunday, July 8, 2018

PELANCARAN PROGRAM NILAM, SUDUT RED DAN KEMPEN DERMA BUKU 2018

Majlis Pelancaran NILAM, sudut Read Every Day (RED) dan kempen derma buku telah dilancarkan dengan lancarnya oleh Puan Pengetua, Pn Hamizah bt Abdul Hamid pada 5hb Februari 2018 ( Isnin) yang lalu di Dewan Putra. Puan pengetua menyeru bahawa pelajar SMK BBP boleh menanamkan tabiat membaca dalam kehidupan harian demi memanfaatkan masa terluang dan mendapat ilmu pengetahuan yang bukannya terhad dari buku teks sahaja. Membaca merupakan aktiviti yang sangat bermanfaat dan ekonomi sebab pelajar boleh dapatkan bahan bacaan dari pelbagai sumber seperti Pusat Sumber sekolah, perpustakaan desa, e-book dan sebagainya. Rekod NILAM juga perlu disediakan selepas membaca demi membantu pelajar menguasai kemahiran merekod, menulis dan mengenalpasti butiran sesuatu bahan bacaan. Sijil dan hadiah juga diberikan kepada pelajar yang mencapai kejayaan dalam program NILAM. Gimik yang disediakan juga menerapkan gabungan unsur kemahiran ICT dan  inovasi. 



No comments:

Post a Comment

PKBB & Penilaian PSSC 2019

Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah terutamanya Team PSS dan PPS yang awesome! Usaha dan sokongan anda menjadikan PSS Putra HEBAT...