STOMPERS
SMK Bandar Baru
Putra mula memperkenalkan Stompers kepada warga sekolah mulai bulan November
tahun 2017 semasa majlis pelancaran KokuSTEM di bawah bimbingan En Anuar. Persembahan
stompers merupakan persembahan muzik yang dialunkan dengan menggunakan
alat-alat terbuang atau kitar semula yang dipersembahkan bersama pasukan koir
sekolah. Antara alat-alat terbuang yang digunakan untuk membuat persembahan
termasuk tong air, tong sampah, tempurung kelapa, kayu, botol, bahagian tayar
dan sebagainya. Melalui seni tersebut, pelajar dapat menerapkan inovasi dan
kreatif masing-masing dalam mengunakan pelbaga alat di sekitar kita untuk
menghasilkan irama muzik yang menarik dan unik. Dalam melakukan persembahan,
pasukan stompers dapat menanam semangat kerjasama, bertolak ansur dan disiplin.
Pasukan stompers telah melakukan persembahan semasa pelancaran KokuSTEM, Majlis
penutupan APCC 2018, MAKA 2018, Mesyuarat Dwibulanan JPN Perak dan KM1M
2018. Adalah menjadi harapan sekolah,
Stompers dapat menjadi kebitaraan sekolah dan seterusnya menyediakan ruang dan
peluang kepada semua warga sekolah dalam mempersembahkan bakat pada masa akan
datang.
No comments:
Post a Comment