Selamat Datang Ke Blog Rasmi PSS SMK Bandar Baru Putra. Blog ini akan memaparkan aktiviti yang di jalankan oleh PSS SMK BBP.

Sunday, July 8, 2018

ORIENTASI PUSAT SUMBER DAN TAKLIMAT NILAM UNTUK PELAJAR TINGKATAN 1 2018


Orientasi Pusat Sumber dan NILAM untuk pelajar tingkatan 1 telah dijalankan sepanjang 8-12hb Januari. Semua pelajar tingkatan 1 telah diberi taklimat tentang penggunaan PSS, kejayaan PSS, peraturan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pss dan pelaksanaan NILAM. Pelajar juga dimaklumkan tentang pembelian buku rekod NILAM, markah dalam PAJSK untuk NILAM. GPM juga menggalakkan pelajar untuk menyertai pelbagai program anjuran PSS dan memaksimakan penggunaan PSS sama ada semasa mahupun di luar waktu persekolahan. Selain itu, pelajar juga dimaklumkan tentang masa operasi PSS. Pelajar juga menunjukkan minat dalam menjadi pengawas Pusat Sumber sekolah.




No comments:

Post a Comment

PKBB & Penilaian PSSC 2019

Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah terutamanya Team PSS dan PPS yang awesome! Usaha dan sokongan anda menjadikan PSS Putra HEBAT...