Selamat Datang Ke Blog Rasmi PSS SMK Bandar Baru Putra. Blog ini akan memaparkan aktiviti yang di jalankan oleh PSS SMK BBP.

Saturday, July 7, 2018

PROGRAM MEMBUDAYAKAN KBAT SEMPENA PROGRAM PASCA PT3 TAHUN 2017


Jawatankuasa Pusat sumber sekolah telah merancang dan melaksanakan 4 program membudayakan KBAT sempena program pasca PT3 sepanjang bulan Oktober dan November. Keempat-empat program telah dilaksanakan oleh guru bersama pengawas PSS tingkatan 3. Pengawas PSS telah merancang dan melaksanakan program Station Game dengan jayanya dan menerima sambutan dari rakan-rakannya. Comic star, NILAM bersama Youtube dan rekacipta penanda buku juga dijalankan dengan jaya dan mendapat sambutan dari pelajar. Respon dari pelajar adalam aktiviti tersebut menyeronokkan dan mencabar terutamanya Station game. Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran ICT melalui pencarian maklumat di internet, pemikiran kreatif dan kemahiran Bahasa dalam Comic star. NILAM bersama Youtube pula bertujuan mendedahkan NILAM ditambahbaik di kalangan pelajar di samping melatih pelajar mengisi borang NILAM ditambahbaik. Untuk rekacipta penanda buku, selain menanam sikap menjaga buku, pelajar juga berpeluang mencungkil bakat kesenian dan rekacipta dalam dirinya melalui penghasilan penanda buku yang kreatif. Dalam station game, pelajar bukan sahaja perlu menunjukkan semangat kerjasama dan kolaboratif. Pelajar juga perlu berani memimpin ahli kumpulannya menyelesaikan pelbagai station yang menguji kemahiran mengira, Bahasa, Sains, merekacipta, berlakon dan sebagainya. 


No comments:

Post a Comment

PKBB & Penilaian PSSC 2019

Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah terutamanya Team PSS dan PPS yang awesome! Usaha dan sokongan anda menjadikan PSS Putra HEBAT...