Selamat Datang Ke Blog Rasmi PSS SMK Bandar Baru Putra. Blog ini akan memaparkan aktiviti yang di jalankan oleh PSS SMK BBP.

Saturday, July 7, 2018

BENGKEL MELATIH PENGAWAS PERCUBAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2017

Pada 15hb Februari 2017 yang lalu, seramai 48 orang pelajar telah menghadiri sesi temuduga Pengawas Pusat Sumber. Seramai 31 orang pelajar telah dilantik sebagai pengawas percubaan PSS. Latihan dalaman telah diberikan kepada semua pengawas percubaan. Sistem mentor mentee juga diadakan. Guru dan pengawas PSS telah memberi nasihat dan membimbing pengawas percubaan sepanjang tempoh latihan tersebut. Selepas 3 bulan latihan dalaman, seramai 24 orang pengawas percubaan telah lulus tempoh latihan dan dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber yang baru. Pihak sekolah berharap mereka dapat menyumbang dalam kemajuan Pusat Sumber dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada warga sekolah.


No comments:

Post a Comment

PKBB & Penilaian PSSC 2019

Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah terutamanya Team PSS dan PPS yang awesome! Usaha dan sokongan anda menjadikan PSS Putra HEBAT...