Selamat Datang Ke Blog Rasmi PSS SMK Bandar Baru Putra. Blog ini akan memaparkan aktiviti yang di jalankan oleh PSS SMK BBP.

Sunday, July 8, 2018

SENAMAN OTAK (BRAIN GYM) 2018



TEMPOH      : BULAN JANUARI – APRIL 2018
MASA            : PAGI SELASA, RABU DAN KHAMIS
TEMPAT       : DATARAN KEJAT SMKBBP
FASILITATOR:
Pengawas Sekolah

          Senaman otak telah dilaksanakan dari bulan Januari 2018 dan dikendali oleh Pengawas Sekolah setiap pagi Selasa dan Khamis. Sebanyak 5 gerakan baru telah diperkenalkand dalam empat bulan tahun 2018. Jumlah gerakan yang telah diperkenalkan adalah sebanyak sepuluh.
Selain itu, senaman otak juga diterapkan dalam Tabata S2BP yang merupakan salah satu jenis senaman yang merupakan gabungan senaman fizikal dan otak hasil inovasi pihak pelajar dalam projek PBL TS25. Pelajar Kumpulan PBL Obese Transformation berjaya memperkenalkan Tabata termasuk Brain Gym kepada sekurang-kurangnya 700 orang pelawat yang melawat ke Kolokium TS25 di IPG pada 18-19hb April yang lain. Tabata juga diperkenalkan kepada murid SKBBP dan pegawai dari JPN, BTPN dan PKG semasa pra pelancaran KM1M – Read with Bikers. Pada 25hb April, pelajar tersebut juga memperkenalkan Tabata kepada pegawai-pegawai di JPN Perak semasa Mesyuarat Bulanan.
            Pengawas juga memperkenalkan Brain Gym kepada semua hadirin semasa MAKA 2018 di Dewan Putra pada 30hb Mac 2018. Brain Gym juga diperkenalkan kepada semua pelawat yang terdiri daripada pegawai Japan, MBI, JPN dan pelajar dari Negara Japan semasa Program APPC 2018 pada 28hb Mac 2018.
            Dalam semua program di atas, Brain Gym telah berjaya diperkenalkan dan menarik perhatian orang ramai. Adalah menjadi harapan kita bahawa Brain Gym dapat membantu warga sekolah meningkatkan daya focus dan kecergasan otak melalui aktiviti tersebut.






No comments:

Post a Comment

PKBB & Penilaian PSSC 2019

Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah terutamanya Team PSS dan PPS yang awesome! Usaha dan sokongan anda menjadikan PSS Putra HEBAT...