Selamat Datang Ke Blog Rasmi PSS SMK Bandar Baru Putra. Blog ini akan memaparkan aktiviti yang di jalankan oleh PSS SMK BBP.

Sunday, July 8, 2018

DARE TO EXCEL 2018

Hasil dari soal selidik bersama pelajar yang gagal menjawab soalan KBAT dalam peperiksaan adalah kekurangan pengetahuan terutamanya tentang hal ehwal semasa. Dare to Excel menyediakan pentas untuk pelajar mendapat berita dan maklumat terkini serta berbincang sesama guru dan pelajar tentang isu tersebut. Pelajar dapat diransang untuk berfikir tentang isu tertentu, menilai kesahihan berita, nilai dan etika dalam isu tertentu. Pelajar juga berbincang dan mencadangkan cara penyelesaian yang terbaik setelah meneliti kesan setiap tindakan. Ini membantu pelajar berfikir secara kritikal dan kritis, menilai dan berfikir secara kreatif dan di luar kotak, kolaboratif semasa berbincang isu dan sentiasa berpandukan nilai dan etika serta budaya sesuatu bangsa dan Negara. Program ini juga menanam kebaranian dan kenyakinan pada pelajar untuk bersuara kerana benar.




No comments:

Post a Comment

PKBB & Penilaian PSSC 2019

Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah terutamanya Team PSS dan PPS yang awesome! Usaha dan sokongan anda menjadikan PSS Putra HEBAT...