Selamat Datang Ke Blog Rasmi PSS SMK Bandar Baru Putra. Blog ini akan memaparkan aktiviti yang di jalankan oleh PSS SMK BBP.

Monday, April 8, 2019

PKBB & Penilaian PSSC 2019

Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah terutamanya Team PSS dan PPS yang awesome! Usaha dan sokongan anda menjadikan PSS Putra HEBAT!
#teamworkBBP

Saturday, January 19, 2019

Bacaan Senyap 1/2019

Tarikh: 14hb Januari 2019
Masa: 7.30 - 7.45 pagi
Tempat: Dataran Kejat SMK BBP

Sebagai usaha menaikkan tabiat membaca dan NILAM di sekolah, pihak PSS Putra mengadakan bacaan senyap untuk semua warga sekolah. Semua guru dan pelajar membaca dan merekodkan bacaan NILAM. Semoga usaha ini dapat mengiatkan lagi tabiat membaca di kalangan warga sekolah.






LAWATAN PENANDA ARAS PSS PUTRA DARI MGS

TARIKH: 18HB JANUARI 2019
HARI: JUMAAT
MASA: 1.30 - 4 PETANG

Pada Jumaat yang lepas, PSS Putra telah menerima lawatan dari 5 orang Guru Perpustakaan dan 7 orang Pengawas PSS dari MGS. Rombongan tersebut telah disambut oleh PPS dan PRS sekolah. Antara slot yang diadakan adalah perkongsian tentang Sekolah Abad ke 21, cara pemprosesan bahan buku dan bukan buku, cara menjalankan NILAM, Putra Cafe dan laluan ilmu. Harap perkongsian tersebut dapat memanfaatkan kesemua pihak.










ORIENTASI PUSAT SUMBER DAN TAKLIMAT NILAM 2019

TARIKH : 9 - 18HB JANUARI 2019
SASARAN: SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1
Pada minggu lepas, PSS Putra telah mengadakan orientasi khas kepada pelajar Ting 1. Antara maklumat yang dikongsikan adalah perkhidmatan yang ditawarkan , kemudahan dan ruang yang terdapat dalam PSS, Putra Cafe dan cara melaksanakan NILAM ditambahbaik. Selepas orientasi tersebut, penggunaan PSS di kalangan pelajar Ting 1 telah meningkat terutamanya pada waktu petang. Pelajar juga berpendapat NILAM adalah senang dijalankan. Semoga PSS Putra sentiasa dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk warga sekolah.






PKBB & Penilaian PSSC 2019

Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah terutamanya Team PSS dan PPS yang awesome! Usaha dan sokongan anda menjadikan PSS Putra HEBAT...