Selamat Datang Ke Blog Rasmi PSS SMK Bandar Baru Putra. Blog ini akan memaparkan aktiviti yang di jalankan oleh PSS SMK BBP.

Thursday, October 4, 2018

ANUGERAH EMAS DALAM BENGKEL PEMBENTANGAN KERTAS KERJA BERBENTUK POSTER KONVENSYEN KEBANGSAAN KE 2

MAGIC PUTRA: KEMENJADIAN MURID SATU REALITI &
 KEBERKESANAN STOMPERS DALAM MENANGANI MASALAH KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH DAN KECICIRAN DALAM AKADEMIK 
telah terpilih sebagai peserta Pembentangan Kertas Kerja berbentuk poster Konvesyen Kebangsaan Kali ke 2 Program Transformasi Sekolah TS25.

Sehubungan itu, Pengetua SMK BBP, Pn Hamizah bt Abdul Hamid dan En Noor Anuar bin Abdullah Shani telah membentang kertas kerja tersebut di UKM pada 1 - 3hb Oktober 2018 ( Isnin - Rabu)

Pasukan Stompers diberi peluang untuk membuat persembahan semasa pembentangan kertas kerja. Manakala pasukan BBP News juga berpeluang menemu ramah pegawai dan pembentang dalam 2 hari tersebut. 

PENCAPAIAN:

 MAGIC PUTRA: KEMENJADIAN MURID SATU REALITI
ANUGERAH EMAS 
Kertas kerja Berbentuk Poster  

KEBERKESANAN STOMPERS DALAM MENANGANI MASALAH KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH DAN KECICIRAN DALAM AKADEMIK
ANUGERAH EMAS 
Kertas kerja Berbentuk Poster  

 PN HMIZAH BT ABDUL HAMID
PEMBENTANG TERBAIK
(KATEGORI AMALAN TERBAIK)





 

Sunday, September 23, 2018

PEMANTAUAN PSS CEMERLANG PERINGKAT NEGERI 2018

TARIKH: 20 SEPTEMBER 2018 ( KHAMIS)
MASA: 9PG - 4 PETANG


Jutaan Terima kasih kepada semua warga sekolah yang menyumbang tenaga dan masa dalam memastikan pemantauan PSS Cemerlang Peringkat Negeri berjalan dengan lancar. Pihak hakim juga memberi pandangan yang banyak membantu dan memberi panduan dan halatuju kepada perkembangan dan perancangan PSS. Harap Pusat Sumber Putra dapat bergerak lebih jauh lagi dan berjaya membekalkan perkhidmatan terbaik kepada warga sekolah dan membantu mencapai kemenjadian pelajar yang lebih cemerlang!







Saturday, September 15, 2018

ANUGERAH PRINCIPLE'S LIST 2018

TARIKH: 14 SEPTEMBER 2018
TEMPAT: DEWAN PUTRA

Tahniah kepada semua penerima hadiah!! Semoga terus maju jaya!
BBP Excellent!



PENYAMPAIAN HADIAH BULAN KEMERDEKAAN & KEMANUSIAAN 2018

TARIKH: 14 SEPTEMBER 2018 (JUMAAT)
TEMPAT: DEWAN PUTRA

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG HADIAH!


MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KEMANUSIAAN

TARIKH: 14 SEPTEMBER 2018
TEMPAT: DEWAN PUTRA
MASA: 7.30 PAGI







Semoga semua warga sekolah telah mendapat manfaat dari pelbagai pertandingan dan program yang dianjurkan sepanjang Bulan Kemerdekaan dan Bulan Kemanusiaan. Semangat Cinta pada Negara patut disemai pada semua warga Malaysia. Semoga Negara tercinta kita terus maju!

SAMBUTAN MERDEKA SMKBBP II





TARIKH: 17 OGOS 2018
PROGRAM: MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KEMANUSIAAN


SAMBUTAN MERDEKA SMK BBP 2018



Sunday, July 22, 2018

ReadyGen 2B18 - Bengkel Peningkatan Profesionalisme Pengawas PSS

Bengkel Peningkatan Profesionalisme Pengawas PSS telah diadakan pada 14hb Julai 2018 di PSS SMK Bandar Baru Putra dan dihadiri oleh 60 orang pengawas PSS. Bengkel tersebut telah diadakan dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Aturcara Bengkel:
8.30 pagi - Pendaftaran dan sarapan pagi
9.00 pagi - Slot 1- Pemprosesan bahan - S-LIB, OPAC
10.00 pagi - Slot 2 - Station pemprosesan bahan, Cop, Balut, Sticker, Jahit, Fail tegak
12.00 tgh - NILAM ditambahbaik dan cara proses data NILAM, resensi buku
1.00 petang- Makan tengahari dan solat
2.00 petang- 4.00 petang - Team building
4.00 - 4.30 petang - Kemas dan tamat

Bengkel telah dijalankan dengan berjaya dan mendapat respon yang positif dari peserta bengkel. Peserta bengkel telah memberi maklum balas tentang bengkel dalam Parking lot dan semua memberi respon seperti " baik", "menarik", "sila buat lagi tahun depan" dan sebagainya. Kesimpulannya, pelajar berjaya mempelajari atau mengukuhkan kemahiran perpustakaan masing-masing dan menanam sikap kerjasama, kreatif dan kemahiran menyelesaikan masalah dan berkomunikasi terutamanya semasa membentang hasil kerja kumpulan masing-masing.



















PKBB & Penilaian PSSC 2019

Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah terutamanya Team PSS dan PPS yang awesome! Usaha dan sokongan anda menjadikan PSS Putra HEBAT...